Saturday, February 15, 2014

Hikmah Kembara : Episod 1

Bismillahirahmanirahim. Baiklah, dengan ini episod 1 kisah 'Hikmah Kembara' akan dikhabarkan kepada semua pembaca ruangan amirfiq.com. Sebelum kisah ini lebih dilanjutkan dengan beberapa perkara dan peristiwa yang mengasyikkan, saya berharap agar usaha untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan yang sedikit ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Insha Allah. Pada awalnya, perancangan untuk melancong ke luar negara ni merupakan idea asal pemilik amirfiq.com ni. (siapa? siapa?) Dan jumlah asal pengembara ialah 3 orang sahaja. Mereka yang berkenaan adalah, Amirfiqri, 23, Fadhli, 24 dan Shahiddan, 25. (Berita apa ini?) Kahkahkah! Okay.

 Maka tanggal 26 September 2013, tiga tiket penerbangan ke Daerah Istimewa Yogyakarta telah ditempah secara atas talian. Murah beb! Sebab kami beli tiket ni masa musim promo. Tolak tambah semuanya RM 166. Oh ye, excluded luggage dan juga insurans (High risk travel. Jadinya, berialah tiga orang putera raja yang kacak lagi bergaya, masing-masing tak sabar nak ke seberang. Entah kenapa agaknya. Tapi yang pasti bukanlah untuk mencari suri sehidup semati. Cuma inginkan masa dan seketika cuma merasa nikmatnya sebuah pengembaraan yang luar biasa (Serius! sangat luar biasa). 

Okay. Dipendekkan cerita untuk pastikan kisah ini menjadi 5-6 episod daripada 13 episod persis drama bersiri TV 3, maka bilangan 3 pengembara menjadi 8 dan kemudian 7. Bagaimana lapan dan kenapa tujuh? Seperti biasa dan lazim dialami sbg seorang manusia yang lemah merancang, akur dan redha dengan kehebatan dan perancangan Tuhannya. Faris Hamid, 25, Azraful Azman, 24, Nabil Basaruddin, 23, Firdaus Ikhwan, 22, dan Azmi Firdaus, 24, merupakan pengembara-pengembara yang berminat untuk menyertai misi ini. Tapi, kerana kuasa Maha Mengetahui, Azmi Firdaus,24, lebih mesra dikenali sebagai Jimmy a.k.a Abg Sunway terpaksa tarik diri atas sebab yang memang tidak dapat dielakkan. (Benci aku taip macam nak jawab SPM ni). Tiket mereka masing-masing menjadi lagi mahal sebab ditempah semasa bukan dalam tempoh promosi. Jadi pelaburan mereka untuk merasa tagline; "Everyone can fly" dalam lingkungan RM 212-268. Again! Excluded luggage dan insurans. Jadi, hanya 7 orang sahaja yang mengembara dalam misi kali ini. 

Episod 1 ni tiada sebarang iklan dan habis awal sebab pengenalan je pon! Pesanan untuk yang berminat nak melancong dengan harga yang murah, sila rancang perjalanan sebaiknya dan tempah tiket penerbangan semasa dalam tempoh promosi. Luggage dan insurans tu atas diri sendiri la sebenarnya. Dengan itu sekian episod 1. Jumpa lagi dalam Episod 2 :'Hikmah Kembara', Pengembaraan bermula! Mana tahu lepas baca je entry ni terus berminat nak ke Gold Coast atau ke Melbourne kan. So, boleh ke link ini untuk semak harga tiket dan promosi dari Air Asia. Oleh itu, selamat membayangkan segala-galanya. Haha! Jumpa lagi di Episod 2!!! 

 p/s: Episod 2 onwards akan banyak lah gambar-gambar menarik. :)

No comments:

Post a Comment